pelbagai rasa bercampur baur
antara percaya dengan tidak
antara marah dengan sayang
antara sedih dengan mengharap
benar...hati ini sering disakiti namun jauh dalam sanubari
aku masih mengharapkan sakit ini akan terubat
benar...hati ini sangat terluka dengan apa yang pernah terjadi
namun aku masih jua berharap luka ini akan sembuh
tapi...sampai bila aku harus mengharap
kenapa harus begini
kenapa takdir aku begini
aku tahu aku tak seharusnya menyalahkan takdir atas apa yang berlaku
kerana itu aku masih bertahan kerana aku yakin
setiap yag berlaku ada sebab dan hikmahnya
DIA tidak akan menguji hambaNya mengatasi batas kemampuan
DIA mencipta sesuatu masalah agar hambaNya dekat padaNya
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya
maka...kerana itulah aku masih di sini
mencuba untuk terus bertahan
meski dugaan sentiasa datang
mengetuk pintu hati yang semakin goyah
dengan harapan apa yang berlaku akan mematangkan
dan diberi kekuatan untuk menempuh
segala cubaan yang bakal tiba
semoga nanti akan ada sinar bahagia buat aku
melayari hidup yang sempurna dalam ketidaksempurnaan