soalan: “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
jawapannya: “dua-dua bukan..”
sebab: “Pilihan hati kita adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”
soalan:“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
jawapannya:“Yang paling tahu hanya Allah kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
sebab: “Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
“Jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki atau pempuan lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kita, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki/pempuan tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki/pempuan ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita.. Alangkah bertuahnya kita kalau kita mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”
No comments:
Post a Comment