Sunday, May 3, 2009

Aku Pun Tak Tahu...

Entah kenapa,ada yang terusik di sudut hati ini... namun segalanya terasa kabur di pandangan mata... samar dalam fikiran...

Mungkin kerana segala yang terungkap sukar untuk diungkai dalam kata... jauh sekali dalam perbuatan zahir... Bukan niat ingin mengelirukan tapi diri sendiri keliru dalam nukilan...

Mungkin jua ini kerana ia berkait dengan hati nan halus... Aku keliru tapi bukanlah kerana ada rindu yang tersimpan mahupun cinta yang teranyam... Tapi seakan kehilangan sesuatu yang diri sendiri tidak mengerti apa ataupun siapa... Hendak dikatakan apa..tidak tahu apakah benda yang dicari... mahu dibilang siapa... tidak pasti pula siapa gerangannya...

Ahh keliru sungguh dirasa.Hilangnya ia hanya seketika... .hadirnya dia tiba2... datang atau pergi sukar diramal... tidak diduga ia menjelma... .tatkala kesibukan mempengaruhi dan diri berteman... .semuanya hilang... tp pabila sendirian... terasa sesak di dada... .sebak di jiwa dan adakalanya galau di hati...

No comments:

Post a Comment