CINTA? Apakah itu CINTA... .CINTA itu perlu putih, bersih dan jernih dari sebarang kemungkaran. CINTA tidak wajar kotor,calar-balar dan keruh. Lalui CINTA anda dengan bahagia untuk ketitik penyudah iaitu perkahwinan. Jika telah berkahwin menuju titik penyudah dengan kematian. CINTA perlu sentiasa mekar hingga penghujung usia. CINTA tidak harus diwarnai dengan warna yang salah,sebab warna yang betul sentiasa ada untuk kita memilih. Jadikan hidup penuh berkualiti dengan CINTA yang berkualiti. Bina CINTA untuk senang dan bahagia didalamnya. Usah bina gunung cinta dengan air mata. Buka sedikit manusia di dunia ini menjadi 'GILA' oleh CINTA. Sesungguhnya tatkala kita bercinta kita memang sedang 'GILA'. Kita berbuat sesuatu yang tak masuk dek akal. Kita sanggup menyerahkan maruah diri kerana CINTA. Kita tidak nampak betapa rugi dan tololnya kita menyerahkan diri untuk habuan nafsu seseorang. Alangkah BODOH dan GILAnya kita pada waktu itu. Jadikan perjalanan CINTA kita sesuatu yang indah untuk di kenang...
sumber:virtualfriends.net
No comments:
Post a Comment