Friday, April 24, 2009

stress,depress n feeling down...!!!!!

STRESS!!!!

DEPRESSED!!!!

TENSION!!!!

SAD!!!!!!!

ANGER!!!

FEELING DOWN!!!!

oh, ALLAH plz help me.....

guide n protect me to face the difficulties...

give me strength to encourage me....

X-(





Thursday, April 23, 2009

Kenapa Allah Temukan Kita Dgn Org Yg Salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

*smoga menjadi pedoman utk aku juga.. :')

Tuesday, April 21, 2009

Siapakah Si Dia Yang Tidak Boleh Dicuri?

Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?

Dia-lah yang bernama senyuman!

Senyum-senyum selalu!

Saturday, April 18, 2009

hadiah terbaik....

Hadiah Terbaik :
-> Kepada kawan - Kesetiaan
-> Kepada musuh - Kemaafan
-> Kepada ketua - Khidmat
-> Kepada yang muda - Contoh terbaik
-> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan
-> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
-> Kepada manusia - Kebebasan

Friday, April 17, 2009

Bagaimana Memilih Lelaki???

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1. Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik. Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.

2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri. Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4. Bagaimana keluarga melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5. Siapa sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama.

6. Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya,maksudnya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya. Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik.Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.

7. Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.

Cinta Selalu Membodohkan Kita

CINTA? Apakah itu CINTA... .CINTA itu perlu putih, bersih dan jernih dari sebarang kemungkaran. CINTA tidak wajar kotor,calar-balar dan keruh. Lalui CINTA anda dengan bahagia untuk ketitik penyudah iaitu perkahwinan. Jika telah berkahwin menuju titik penyudah dengan kematian. CINTA perlu sentiasa mekar hingga penghujung usia. CINTA tidak harus diwarnai dengan warna yang salah,sebab warna yang betul sentiasa ada untuk kita memilih. Jadikan hidup penuh berkualiti dengan CINTA yang berkualiti. Bina CINTA untuk senang dan bahagia didalamnya. Usah bina gunung cinta dengan air mata. Buka sedikit manusia di dunia ini menjadi 'GILA' oleh CINTA. Sesungguhnya tatkala kita bercinta kita memang sedang 'GILA'. Kita berbuat sesuatu yang tak masuk dek akal. Kita sanggup menyerahkan maruah diri kerana CINTA. Kita tidak nampak betapa rugi dan tololnya kita menyerahkan diri untuk habuan nafsu seseorang. Alangkah BODOH dan GILAnya kita pada waktu itu. Jadikan perjalanan CINTA kita sesuatu yang indah untuk di kenang...
sumber:virtualfriends.net

Wednesday, April 15, 2009

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Memicit atau memegang hidung

* Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.

* Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

* Suka ikut kepala sendiri

* Pentingkan diri sendiri

* Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat

Bermain dengan tangannya

* Mempunyai tahap humor yang tinggi

* Pandai berjenaka

* Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati

* Jenis open minded

Mematahkan jari jemarinya

* Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain

* Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

Menggigit kuku

* Gugup dan gementar bila berbicara

* Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati

Memintal hujung rambut

* Suka berkhayal

* Sukar diperdayakan

* Keras kepala

Menongkat dagu

* Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya

* Suka mendengar masalah teman-teman

* Setia dlm persahabatan

Suka letakkan tangan atas meja

* Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri

* Peramah

* Suka bergantung pada orang lain


Menggosok 2 telapak tangan

* Ramah dan berfikiran matang

* Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit

* Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu

Memutar cincin

* sangat menepati janji

* berhati-hati dalam tutur kata

* gemar hidup yang teratur

Tuesday, April 7, 2009

FeSukaMik 2009

mari menari poco-poco
semangat btul smua wt poco-poco n chicken dance

FeSukaMik 2009!!!


da most happening crew....



gaya2 puas pas abs event...





Monday, April 6, 2009

minggu-minggu yg meng'stress'kn...

Hmmmm...aku sgt2 stressed n depressed dgn byk bnde beberapa mggu nih..dgn aktiviti MPP yg byk,then assignment yg xsiap2...aku rse cm nk pecah jeq kpala nih....kalo blh nk upah je seseorg tuk pukul aku smpi pengsan n bg aku bgn pas sbulan...uhuhuhuhu....

Aku mengaku aku sgt2 down wt mse nih...smuanyer gara2 keje yg byk nih...aku mntk maaf kpd rakan2 yg aku xterlayan tuh....aku prlu mncri pemangkin tuk kuatkn smangat nih...Ya Allah,ble smua ni akn brakhir..

Ya Allah, bntula hambaMu yg satu ini tuk menghadapi segala macam hal dan permudahkanla h segala perancangan aku serta bantula hambaMu ini mencapai apa yg dihajati...

Saturday, April 4, 2009

Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram

  • Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ?keseronokan? atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

  • Kita terlalu banyak komplen? dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

  • Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

  • Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ?kematian? itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.