Tuesday, April 26, 2011

projek pertama...


dear Ain,


sila kumpul duit untuk projek pertama anda...derrr... >_<

* mungkin model ini krn sudah lupa r plak... apa2pn bajet harus dikumpul utk membeli item jenis ini ... :D

Thursday, April 21, 2011

Happy Birthday Justin Bieber...errr Chalee i mean...


Happy Birthday Mr. Chalee...
u're 24 already...OMG u're older than me...hahaha...of course!!!
well, Justin Bieber come to Malaysia just to celebrate ur bday bro...
naaaa...jgn perasan r wei... :P
what so ever, just wishing u to have another great year in your life. hope that u live longer, happy always & be more prosperous than before...kihkihkih o.<

from,
ur ex-secretary.. :)
p/s: saje upload pic zmn boss sy ni masih ala2 nerd lg gitu...study account kt library tu..!!!

Monday, April 4, 2011

"Sedetik Lebih..."



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

~ Sedetik Lebih - Anuar Zain ~
<3 <3 <3


* alangkah indahnya andai aku memiliki sedetik lebih itu *

Monday, March 28, 2011

Demi Cinta Allah

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

-Artikel iluvislam.com

Saturday, February 26, 2011

Make It Simple eventhough It's Complicated

Dalam hidup ini, pasti ada kejadian yang baik dan juga yang buruk kita akan alami. Tetapi kebanyakan orang memilih untuk mengingatkan hal yang baik sahaja. Buatlah hidup lebih mudah tanpa perlu melupakan kesukaran dan kesusahan yang dialami dalam hidup.

Tapi perlu kita ingat, jika kita dapat menerima dugaan yang paling hebat dalam hidup tanpa cuba mengelak dari mengingatinya, kita sebenarnya telah berjaya membuat hidup nampak lebih mudah. Saat itu jugalah orang-orang di sekeliling kita akan berfikir kita seorang yang bertuah dan ingin berjaya seperti kita. Bukan itu pandangan positif namanya?

Jadi, pancarkalah kehangatan ke setiap orang yang kita temui, agar dapat menimbulkan karisma dalam penampilan kita. Orang berkarisma tinggi boleh menyalurkan simetri spiritual dan fizikal yang membuat mereka tampak menarik dan baik hati...

Mampukah aku? Kerana auraku telah mulai hilang...Harus terus mencari ke mana hilangnya & kembalikannya...

Monday, February 21, 2011

Selamat Hari Lahir Mak...


Selamat Hari Lahir ke-64 Mak...
Anakmu ini hanya doakan yang terbaik untukmu...
Moga mak akan panjang umur, diberi kesihatan, murah rezeki dan berbahagia selalu...
I love you so much mak even though you can't see it because I don't know how to express it in better way...
Thanks for your love, care & support you have gave to me...
<3 <3 <3

Wednesday, February 16, 2011

nak tahu di mana kecantikan seorang lelaki? di mana kegagahan seorang wanita?

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.