Monday, March 30, 2009
Sunday, March 29, 2009
Earth Hour 2009
Dlm kul 915pm akak aku smpi.....guess what??? kteorg g round2 kl tgk kl di telan kegelapan malam...serius sunyi rsenyer kl time tuh...aman jeq....huhuhuhuhuhu
Around 930pm,kteorg ade kt bwh klcc tgk klcc terang semula....wah,rse sgt2 bgga time tuh...wlpn klcc xon lmpu on da spot rrr...
So,kpd rkyt Mesia yg menymbut Eart Hour nih,aku nk ucapkan tahniah krn anda brjaya mengurangkn tenaga n menyelamatkn bumi kte....!!!
Aku hrp sgt2 nxt year kte wt lagi....it is really good 4 us to help saving the mother nature......
;p
Friday, March 27, 2009
Muhasabah diri sebelum kritik orang lain
DIRIWAYATKAN oleh ar-Rafi'i: "Jika engkau mahu menyebut cacat cela orang lain maka kenang terlebih dulu cacat cela dirimu sendiri". Setiap manusia ada titik kelemahan dan cacat cela tersendiri dan untuk menjadi seorang Muslim yang adil, tidak seharusnya ia membilang cacat cela dan kelemahan orang lain dengan melupakan cacat celadirinya sendiri. Apabila berbalah, manusia selalu condong kepada memperbesarkan cacat cela dan kesalahan orang lain untuk meletakkan dirinya sebagai seorang bersih, baik, tidak salah dan jujur. Begitu juga dengan kebiasaan mengumpat dan mengeji, manusia selalu lupa kepada cacat cela atau kelemahan diri sendiri. Rasulullah memberi satu garis panduan yang adil apabila kita bernafsu untuk mengkritik, mengumpat dan menyalahkan orang lain, maka hendaklah lebih dulu kita mengambil cermin melihat cacat cela muka dan diri sendiri. Menurut pakar psikologi, kecenderungan mengumpat atau menyebut cacat cela orang lain didorong oleh perasaan dendam kesumat, perasaan benci dan hasad dengki yang terpendam sekian lama dalam jiwa seseorang. Umat Islam tidak dilarang memberi kritikan membina atau pandangan jujur terhadap mana-mana tindakan yang dianggap menyinggung kepentingan umum, melanggar prinsip agama dan perkara yang benar. Malah, mereka digalakkan memperbetul kesilapan tetapi perlu dilakukan dengan cara yang baik agar kritikan tidak menyentuh maruah atau kecacatan semula jadi yang terdapat pada seseorang.
sumber:virutalfriends.net
Thursday, March 19, 2009
aktiviti demi aktiviti...
;p
Tuesday, March 17, 2009
setelah sekian lama menyepi....
sbb MPP gak r aku trpisah ckit dr rakan2 aku..maaf aku pinta kpd rakan2 aku krn xdpt nk meng'join'kn dri dgn aktiviti kowg...aku jnji aku akn spacekngak wktu tuk kowg...
sbb MPP gak r aku trcicir dgn pelajaran dek aktiviti yg padat...nsib baek lecturer aku sgt memahami...trima kasih byk2 aku ucapkn kpd mereka...kalo x,study aku ntah ke mana r...aku cme leh doa supaya aku dpt mncapai kjayaan cm diploma dl wlpn aku rse susah sgt skrg nih...
tp MPP gak r wt aku knl dgn ramai org...sekurang2nyer aku tau prjalanan segala hal kt clj nih....perubahan mmg ptut dilakukn...kalo x,kte msih di takuk yg lme...aku brhrp rakan2 dlm organisasiku nih dptla trus mmbrikn komitmen supaya kte x dipandang rendah....
doa aku cme barisan pemimpin ini akn dpt mnjlnkn tugas dgn baik tnpa sebarang rungutan n tdk sekali2 memcacat celakn nama organisasi ini...
p/s: sekadar renungan tuk dri sendriri....
Monday, March 16, 2009
kata-kata nasihat 3
2) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
3) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
4) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
5) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
6) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
7) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
8) "Lidahmu adalah bentengmu, jika elok menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
9) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
10) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
11) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
12) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."
13) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
14) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan Anda akan mencapai yang tertinggi." 56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
15)"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
16) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusi! a untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
17) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
18) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
19) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
20)"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."
21) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "
Sunday, March 15, 2009
kata-kata nasihat 2
2) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
3) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
4) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu api.
5) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
6) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
7) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
8)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
9) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
10) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
11) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
12) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
13) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
14) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
15) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
16) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
17)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
18) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
19) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
20) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.