Monday, May 24, 2010

........ (",)

Life would still go on, I know,
if you were not beside me.

The sun would rise and shine
just like before.

The world would go on turning as each day became the night,
the moon still bring the tide into the shore.

But there would be no color in a life without you in it,
sun and moon and sky would fade to gray.

There'd be no need for paintings on for songs or celebrations,
all their inspiration gone away.

But color-oh, we have it-
YES, and light and love and song,
with you beside me
life is more than great.

Days and nights with you, love,
make me glad to be alive.

Together we have worlds
still to create...

source : www.hallmark.com

Friday, May 21, 2010

BirthDaY BoY (",)


Happy 22nd Birthday Ahmad Saufi bin Abd Rahim...
I'm praying that you will be success and happy in your life...
be a good son & make your family proud with you...
don't be too naughty k...!!!
be yourself just like Saufi I've known for more than a year...

My prayer that you will "panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia selalu,dipermudahkan perkara2 yang dilakukan & Allah sentiasa memberkati awak"...

thanks for being a great friend of mine...you've shown and teach me about life...thanks for all advices you have told me...
(",)

Sunday, May 16, 2010

HappY BirthdaY My SisteR!!!


Well,people celebrate Teacher's Day today but my family is celebrating my sister's birthday, MOHFALIZA BT MD MOKHTAR....u've turn 39 dis year...wooowww!!!

nothing much to say to you...just da best wishes 4 u 4 da future...moge2 murah rezeki,panjang umur,bahagia selalu dgn famili & sentiasa diberkari oleh Allah...

thankz 4 being a great sister to me...patients with my attitude n so on...enjoy ur life k sis!!!weeee~~~

Thursday, May 13, 2010

~ Beza Orang yang Kita Cinta dgn Orang yg Kita Suka ~

Dihadapan orang yang kita Cinta, hati kita akan berdegup kencang...
tetapi dihadapan orang yang kita Suka, hati kita akan gembira...

Jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita Cinta, kita akan kaku...
tetapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita Suka, kita akan tersenyum...


Di depan orang yang kita Cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
tetapi di depan orang yang kita Suka, lidah bebas berkata apa sahaja...


Di depan orang yang kita Cinta, kita menjadi malu...
tetapi di depan orang yang kita Suka, kita akan tunjukkan diri yang sebenar...


Kita tak boleh merenung mata orang yang kita Cintai...
tetapi kita selalu merenung mata mata orang yang kita Sukai...


Bila orang yang kita Cinta menangis, kita turut menangis...
tetapi bila orang yang kita Suka menangis, kita akan membuat dia gembira...


Di depan orang yang kita Cinta, musim sentiasa berbunga-bunga...
tetapi di depan orang yang kita Suka, musim itu cuma berangin sahaja...


Di depan orang yang kita Cinta, kita takut untuk berterus terang kerana bimbang dia akan terguris...
tetapi di depan orang yang kita Suka, kita terlalu mudah berterus terang kerana kita yakin terus terang iu adalah paling baik untuk jaga keharmonian perhubungan kamu dan dia...


Perasaan Cinta bermula dari mata...
tetapi perasaan Suka bermula dari telinga...


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, ia umpama kita membuang telinga kita... tetapi, jika kita cuba menutup mata, cinta itu akan berubah menjadi air mata...

Monday, May 10, 2010

Sekadar Buat Renungan Sendiri...

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUA BELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPAT BELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMA BELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAM BELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUH BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPAN BELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILAN BELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUA PULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH SATU
Adaketikanya anda perlu bersendirian.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Mak...


Selamat Hari Ibu kpd Fatimah bt Johari...
terima kasih krn menjadi seorg ibu yg amat istimewa di dlm hidupku...
kau seorg emak yg tegas n penyayang... wlpn kau tdk menunjukkan kasih sygmu melalui kata2 tp perbuatanmu sudah menunjukkan kasihmu itu...

aku sgt2 mengagumimu krn kau mmpu mnjaga keluarga ini tnpa seorg suami di sisi slps pemergian abah 14 tahun yg lalu...kau seorg yg penyabar n sggup berkorban apa saja utk anak2mu...

segala apa yg telah kau lakukan tak mmpu aku balas...terlampau besar jasa yg telah kau taburkan...hanya doa agar kau sentiasa berbahagia, sihat n panjang umur aku pohon daripada Allah utkmu mak...

p/s : Happy Mother's Day to all moms in dis world too...u guys have been such a great mother to ur childrens... (",)

Saturday, May 1, 2010

Komentar C.I.N.T.A

Komentar Aku: Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.

Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:

Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.

Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?

Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Maka. InsyaAllah, aku tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”
~ Artikel Ini Telah Dibaca di : virtualfriends.net ~