Thursday, May 13, 2010

~ Beza Orang yang Kita Cinta dgn Orang yg Kita Suka ~

Dihadapan orang yang kita Cinta, hati kita akan berdegup kencang...
tetapi dihadapan orang yang kita Suka, hati kita akan gembira...

Jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita Cinta, kita akan kaku...
tetapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita Suka, kita akan tersenyum...


Di depan orang yang kita Cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
tetapi di depan orang yang kita Suka, lidah bebas berkata apa sahaja...


Di depan orang yang kita Cinta, kita menjadi malu...
tetapi di depan orang yang kita Suka, kita akan tunjukkan diri yang sebenar...


Kita tak boleh merenung mata orang yang kita Cintai...
tetapi kita selalu merenung mata mata orang yang kita Sukai...


Bila orang yang kita Cinta menangis, kita turut menangis...
tetapi bila orang yang kita Suka menangis, kita akan membuat dia gembira...


Di depan orang yang kita Cinta, musim sentiasa berbunga-bunga...
tetapi di depan orang yang kita Suka, musim itu cuma berangin sahaja...


Di depan orang yang kita Cinta, kita takut untuk berterus terang kerana bimbang dia akan terguris...
tetapi di depan orang yang kita Suka, kita terlalu mudah berterus terang kerana kita yakin terus terang iu adalah paling baik untuk jaga keharmonian perhubungan kamu dan dia...


Perasaan Cinta bermula dari mata...
tetapi perasaan Suka bermula dari telinga...


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, ia umpama kita membuang telinga kita... tetapi, jika kita cuba menutup mata, cinta itu akan berubah menjadi air mata...

1 comment:

  1. nice post....skrg sy bukan sekadar cuba utk menutup mata, malah membuang mata tersebut. terkadang sy rasa memerlukan telinga sehinggakan sy membutakan mata sy. tp bila sy sedar yang mata lg berharga, tp ketika sy sedar tu.....mata sy dh hilang......sy tanpa mata.....sy x boleh tatap mata org yg sy cinta....

    ReplyDelete