Sunday, November 29, 2009

Perjalanan Cinta Aku Dan Dia...

untuk dia..

bukan mudah untuk aku meniti titian ini..
amat sukar bagi ku untuk menerima kenyataan itu..
malahan aku tidak percaya yg aku mampu memikul beban seberat itu..
jgn slh erti, beban yg aku maksud kan bukan cinta kamu..
tapi masalah yg datang menduga..
aku redha dgn takdir dan aku bersyukur kau hadir dlm hidup ku..
kau mampu buat ku tersenyum kembali..

lama kelamaan, cinta aku dan dia semakin kukuh..
tak dapat disembunyikan..aku semakin menyintai dia..
hari demi hari semakin banyak dugaan yg datang menduga..
aku perlu tabah..aku mesti bertahan untuk mempertahankan cinta ini..
susah dan senang aku lalui bersama..
walaupun hati ini meronta kerna tak dpt bertahan..
aku ttp berjuang..kuatkan semangat untuk tempuhi segala halangan..
aku tidak pasti sama ada dia sedar mahupun tidak yang aku lakukan semua ini hanya untuk dia..biarlah saat susah dan duka itu menjadi pengajaran buat ku dan biarlah saat senang dan bahagia menjadi detik memori yg terindah buat ku..

aku tak pernah pinta harta dan kekayaan..
aku juga tidah pernah pinta untuk sejambak bunga dan hadiah berharga..
yg paling berharga adalah sekeping hati yg jujur dan ikhlas menyintai aku dari dia..
walaupun terselit rasa cemburu terhadap kwn2 yg memperoleh hadiah yg comel dari insan tersayang..aku tetap berasa bahagia..pada aku, dirinya amat berharga buat ku..
aku bukan meminta balasan ats apa yg aku lakukan..tetapi hanya sedikit penghargaan..
aku ingin sekali dia mengerti hasrat dan firasat hati ku ini..
aku benar2 berharap yg dia lebih menghargai aku..

segala pengorbanan yg aku lakukan mmg di luar jangkaan..
aku sanggup bersengkang mata untuk memberi sedikit kemanisan dlm hidup dia..
aku ikhlas melakukan semua ini..
aku sedar aku tidak sempurna mana..
malahan mungkin aku tidak menepati citarasa dia..
tapi aku berusaha untuk memenuhi ruang duka saat di perlukan..

aku bahagia dgn dia..
walaupun dia amat tegas dlm sesuatu hal..
tapi aku akur dgn keputusan dia..
aku tidak berani untuk membantah jika ianya benar..
aku hanya membantah jika ianya salah..
bukan senang untuk aku mengerti dirinya yg penuh cerita..
begitu juga dia..aku pasti bukan senang untuk dia mengenali diri aku..

perjalanan cinta yg kami bina berlandaskan kasih dan sayang..
juga kejujuran dan keihlasan..
namun pasti terselit jua ke-egoan..
pasti jua bertikam lidah, tidak bertegur sapa..
pada saat itu, hanya hati yg mampu membantah dan meronta..

yg aku harapkan dari dia..
agar dia lebih menyintai, mengerti dan memahami diri ku..
aku juga pinta agar dia menghargai aku lebih dari sekarang..
begitu juga aku..
aku sentiasa bahagia bila bersama dia..

aku berharap agar Allah memberkati hubungan aku dan dia hingga ke akhir hayat..agar janji kami bersatu jua..


1 comment:

  1. What? Betul ke ini Nur Ain Mokhtar yang ku kenal?

    ReplyDelete